Tuesday, March 25, 2014
mh 370 kembalilah
MH 370 kembalilah...
MH370
Kau pergi hilang dalam kegelapan,
Kau tinggal tanpa pesan,
Kau lenyap dalam jernihan awan,
Kau sepi menghilangkan tanda amaran.
MH370
Satu bahteramu menampung beratus nyawa,
Satu bahteramu membawa ratusan manusia,
Satu bahteramu menjaga pelbagai usia,
Tapi mana pergi semuanya?
MH370
Kau melayar angkasa ciptaan,
Tapi lenyapmu dari pandangan mengubah jiwa insan,
Misterimu menjadi persoalan,
Sedih, resah tertimbus dalam kesedihan,
Ditambun dengan rimbunan hujahan,
Spekulasi dunia menambah tangisan.
Buat insan dunia,
Hormatlah !
Hormatlah hati yang resah menunggu perkhabaran keluarga dan rakan,
Bisukan kata kata yang menambah keresahan,
Tak perlu ditembak hati mereka dengan persoalan,
Tak perlu lontarkan persepsi yang kau ciptakan,
Berbeza jiwa namun darah yang sama mengalir dalam naluri insan,
Kesedihan mereka sakit dari apa yang kita rasakan.
Insan dunia,
Cukuplah kau curahkan kesakitan,
Alunkan doa doa bukan sekadar kata kosong yang ditekan,
Sabarlah !
Pasti akan hadir kebenaran,
Pasti akan ada keajaiban.
MH370
Hanya doa boleh mengukir kembali senyuman,
Biarlah segala tohmahan,
Hiraukan jiwa manusia yang sibuk mencari kesalahan,
Sabarlah !
Masih ada jiwa yang berdoa penuh pengharapan..
MH370
Pulanglah !
Pulanglah !
Dunia ini perlukan insan insan bukan berita sedih yang mengecewakan badan,
Pulanglah dengan misteri kegembiraan,
Alirkan semula tangisan cinta bukan lagi kesedihan.
Ya Allah,
Leraikan segala tanggapan,
Hapuskanlah juntaian air mata kesedihan,
Simpulkanlah kenyataan kebenaran,
Agar tiada lagi yang fikir bukan-bukan,
Agar tiada jiwa yang merana kesakitan.
Percayalah dengan janji Tuhan,
Utuskan doa sekuat harapan,
Dunia menunggu detik kepulangan,
Bersedia menerima ketentuan Tuhan.
Nukilan : Syira Lokman@Wan Syahirah
11:37 pm / Isnin
10/3/2014
Rujukan : Syira Lokman
Terima kasih kepada Syira Lokman atas nukilan puisi yang cukup indah. Sama-sama lah kita doakan semoga MH 370 akan ditemui semula dan kembali dengan selamat.
Ya Allah..
sekiranya ia di langit
kau turunkanlah ia..
sekiranya ia di laut
kau timbulkanlah ia..
sekiranya ia di bumi kau
tunjukkan lah jasadnya..
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Dikau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..
perkenankanlah doa hamba-hamba mu ini..
Posted by Azlita Aziz at 3:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment